
Kompang Jawa Kg Tebok Jawa ditubuhkan pada tahun 2004 dengan keanggotaan 18 ahli . Objektif nya membacakan selawat sambil berirama paluan kompang. Pengasasnya ialah Allahyarham Ustaz Dawam Bin Ramli. Dan Kini di bawah pengawasan Dalang Hj Zainal (Saring)
Selasa, 22 Februari 2011
Jumaat, 18 Februari 2011
Wikipedia-sejarah kompang
Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing.
Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.
Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.
Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.
Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.
Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'pak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.
Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu paluan tradisi dan paluan moden ataupun kreatif. Paluan tradisi adalah paluan di mana memukul kompang sambil menyayi ataupun bersyair dalam versi Arab ataupun bahsa Melayu klasik. Manakala paluan moden pula di mana paluan tersebut diselitkan dengan gerakan ataupun tarian. Di Sabah, pertandingan kompang sering diadakan untuk memartabatkan kembali kesenian Melayu yang telah hampir pupus ini.
Skuriti Bank macam kurang berkesan.. pendapat anda?
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata pihak bank telah membuat laporan polis selepas mendapati kedua-dua syarikat berkenaan sebenarnya tidak wujud.
“Kita sedang jalankan siasatan berhubung kerugian bank itu setelah pihak bank menyerahkan wang pinjaman berjumlah RM19 juta kepada dua syarikat yang kononnya pinjaman terbabit dibuat bagi membekalkan alat ganti pesawat MiG-29N.
“Siasatan itu telah dimulakan sejak polis menerima laporan berhubung kes itu minggu lepas dan ia disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Maulidur Rasul 1432H/2011M peringkat Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas laporan sebuah akhbar hari ini berhubung kes dua syarikat yang mengemukakan permohonan kepada sebuah bank bagi membuat pinjaman korporat untuk membolehkan mereka membeli alat-alat ganti pesawat MiG-29N.
Kedua-dua syarikat itu didakwa mengemukakan maklumat serta dokumen lengkap yang meyakinkan pihak bank untuk meluluskan pinjaman berkenaan.
Bagaimanapun, hasil pemeriksaan yang dijalankan, pihak bank mendapati syarikat itu tidak wujud dan pihak bank turut gagal mengesan individu yang membuat pinjaman berkenaan. – BERNAMA
Khamis, 17 Februari 2011
MUZIK
| ||
![]() |
sejarah kompang
Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing. Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menengangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan. Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab. Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain. Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain. Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'cak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka. Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu paluan tradisi dan paluan moden ataupun kreatif. Paluan tradisi adalah paluan di mana memukul kompang sambil menyayi ataupun bersyair dalam versi Arab ataupun bahsa Melayu klasik. Manakala paluan moden pula di mana paluan tersebut diselitkan dengan gerakan ataupun tarian. Di Sabah, pertandingan kompang sering diadakan untuk memartabatkan kembali kesenian Melayu yang telah hampir pupus ini. | |||
|
Selasa, 15 Februari 2011
pasukan kompang yang mantap
