Isnin, 15 Mac 2010

Persembahan yang semakin mantap


Baru-baru ini Kompang Nurul Falah telah diundang untuk membuat persembahan di Majlis perkahwinan di rumah Cikgu Nasrumi B Abd Moin & Pn Hasnah Ibrahim. Ramai yang berpendapat persembahannya menarik dan bertenaga.Ahli kompang yang terlibat ialah 11 orang yang di ketuai/didalangi oleh Cikgu Mashudi B Misban. Lagu2 yang paling menarik ialah lagu Pukulah Tabuh, Sanuril dan Solatun. Turut memuji persembahan tersebut ialah Mantan YB Parlimen Sabak Dr Yasir Hj Ikhsan sempat bersalaman dengan ahli2 kompang.Turut di dendangkan ialah lagu-lagu klasik berupa selawat dan pujian2 ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW.

Jenis-jenis Kompang yang diguna

Berbagai jenis kompang digunakan oleh kumpulan ini ada yg besar dan yang kecil. Besar atau kecil bergantung kepada peranan si pembawa. Ada 3 pemain utama Salahan,Banggen dan Babon. Saalahan guna yang kecil dan bunyinyer ngaring, banggen sederhana, Babon yang besar.Gabungan ketiga2 jenis ini menghasilkan bunyi yg harmoni. Dalam satu permainan kompang, ada beberapa pemain tambahan seperti Kapatan, Penyelalu yang tugasnya untuk mengisi ruang-ruang kosong antara bunyi-bunyi kompang tersebut.

Kompang Nurul Falah

Ditubuhkan pada tahun 2004, sehingga kini ahli ada 17 orang. telah mengadakan persembahan di beberapa tempat.